Aaarghhhhhh......sedih, pilu, kecewa, hampa dan macam2 lagi la.......Bila keadilan dan amanah tidak lagi dapat dikecapi di bumi bertuah ini. Aku masih tidak dapat terima apa yang berlaku sehari dua ini. Apakah kami tidak harus mengecapi sedikit rasa keselesaan untuk hidup dibumi ini. Ataupun selamanya kami perlu menjadi orang yang perlu mengatakan ya walaupun untuk perkara yang tidak betul.Ya Allah adakah kami tidak akan dapat melihat sinar agamaMu tertegak dibumi ini atau masih adakah ruang bagi kami untuk mengecapi sinar agamaMu di bumi Malaysia.
Agaknya macam inilah perasaan anak Palestin rasa apabila keamanan dan keadilan yang mereka kecapi diragut oleh Israel laknatullah. Sedangkan rakyat palestin lebih teruk dari kami di Malaysia ini.
Baru mahu merancang apabila belajar tidak perlu membayar yuran. Bahanapi turun harga. Tidak perlu membayar tol. Tapi hampa. Ya Allah jika benar kami ini rakyat malaysia yang ingin menegakkan agamaMu telah teraniaya maka ya Allah kami bermohon pada Mu agar kau dapat berikan pembalasan yang setimpal dengan perbuatan mereka, sesungguhnya kami umat yang lemah tiada daya kami untuk melawan. Aamiin....
HURRY PORTAL
PORTAL OF EVERYTHING.....
Tuesday, May 7, 2013
Tuesday, January 8, 2013
Post tahun baru
hahahahaha.....lama dah x post lbh 1 thn....so berbagai ragam berlaku pd thn lepas yg membwk ke thn ni.....antara nye aku dah jd student blk dah 30 lbh br terpikir nak bljr blk......bole ke nak bljr bila otak dah berpuluh thn x pegang buku sekolah.......terigt blk citer p.ramlee alif tendang wau sarkis.....ohhh klu pki teropong br nmpk cikgu......harap2 dpt la aku settle kan bljr biar la ada diploma dr xde lgsg & berhrp agar thn 2013 ni rezeki aku bertmbh dan lbh2 murah dr thn sblm2 ni.......
cuma nak ckp kat sini ada perkara yg thn 2012 yg masih terbawak2 lg ke thn 2013 iaitu sikap & mentaliti org2 sekeliling aku bila dah x brp nak ngam tu x yah la nak tunjuk2 sgt tp klu nak unfriend tu elok sgt la. xde la semak FB aku hahahahaha sengal cam bab la.....btw pd kwn2 tue harap leh terus berkwn smpi bila2 bila bergurau tu klu terasa hrp maaf la xde niat pun nak wat smpi terasa just niat bergurau jer x lbh dr tue..........rs nye x terlambat kot nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU MASEHI.......kalian doa2 kan lah kejayaan pd diri aku, aku berharap dpt membuat perubahan diri agar jd lbh baik dr tahun sblm2 ni & aku doakan kebaikan pd korg sumer ameen.......chow adios amigo peace
cuma nak ckp kat sini ada perkara yg thn 2012 yg masih terbawak2 lg ke thn 2013 iaitu sikap & mentaliti org2 sekeliling aku bila dah x brp nak ngam tu x yah la nak tunjuk2 sgt tp klu nak unfriend tu elok sgt la. xde la semak FB aku hahahahaha sengal cam bab la.....btw pd kwn2 tue harap leh terus berkwn smpi bila2 bila bergurau tu klu terasa hrp maaf la xde niat pun nak wat smpi terasa just niat bergurau jer x lbh dr tue..........rs nye x terlambat kot nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU MASEHI.......kalian doa2 kan lah kejayaan pd diri aku, aku berharap dpt membuat perubahan diri agar jd lbh baik dr tahun sblm2 ni & aku doakan kebaikan pd korg sumer ameen.......chow adios amigo peace
Friday, December 2, 2011
Dart Board
Kerana kat opis sekarang ni tengah sebok dengan permainan dart jd aku nak lah bercerita secara lanjut tentang game ni. Sebenarnya game ni kalau diikutkan takdelah susah mana, cuma apa yang diperlukan hanya setakat kemahiran membaling darts ngan sedikit kemampuan mengagak kemana hala tuju yang kita mahu. Selain kemahiran & bakat kita kena gak kuar kan sikit modal utk beli dart tak kan asyik2 nak pinjam orang lain punya kan tak pasal2 owner marah nnti. So sumer ni bergantung pada diri sendiri gak, kalau muka tak tau malu so dia akan tetap la pinjam orang lain punya. Lagipun untuk beginner harga dart pun br RM39 jer. Tak kan lah itu pun tak mampu nak beli kan dah la dart board orang dah sediakan nak beli dart pun harap belas ehsan orang gak ker. Macam mana lah nak maju kalau macam ni. Ala cakap banyak pun tak guna ni aku ada tempelkan 1 video tentang macam mana dart board dibuat, pasni aku akan terangkan bahagian2 yang perlu kiter tahu pada dart ni nanti takdelah orang tanya kita tak tau kan..............Dart Board
Saturday, November 12, 2011
hahahah sengal la.....
br td aku baca skrg ni dah ada whiskey 100% no alcohol.......brand arkay...........pergh gila la FDA amerika dah kompom kan psl ni & yg wat aku terpana skjp sbb dpt sijil halal dari jabatan agama amerika syarikat........utk keterangan lanjut klik ni
Thursday, November 10, 2011
GILA DARTS
disebabkan kat opis skrg ni tgh giler darts so sbg pembelajaran aku tnjk kan cara2 membaling darts k......
ketuk disini
ketuk disini
Wednesday, November 9, 2011
new n3 for starter.........
wohooooo......lama dah x update. camner lak leh lupa aku ada blog. BTW for new n3 for today i would like to show sumthing bloody stupid joke that can make anybody who got blackberry & apple laughing. what a pity click here......
Saturday, September 10, 2011
Setuju Kenyataan Zainal Kling: Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British !
Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British. Bukan Profesor Zainal Kling sahaja yang bersetuju dengan hakikat ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana bangsa kita dan Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Kita cuma dijadikan rakan dan diberikan Tuan oleh British untuk mengusahakan Tanah Melayu beberapa ratus tahun lamanya. Kita harus bangga dan merasa hebat dengan pencapaian kita, tidak pernah dijajah British.
Hebatnya Tanah Melayu, apabila rakyatnya berganding bahu dengan kerajaan British membangunkan negeri-negeri di Tanah Melayu. Jangan sekali-kali kita meragui sejarah kehebatan melayu. Mari renung kembali bagaimana kedudukan orang melayu ketika zaman British datang melawat suatu ketika dahulu.
Segala cukai yang dibayar kepada pentadbiran British itu adalah hadiah dan sedekah, setelah berasa sangat terhutang budi kepada British yang sanggup datang dari jauh ke Tanah Melayu demi untuk hidup bersama dengan orang melayu. Segala tanah ladang dan estet yang diusahakan oleh British dengan memasukkan orang-orang India itu adalah sa-buah usahasama yang sangat menguntungkan.
Beruntungnya Tanah Melayu, tidak pernah dijajah British malah menjadi rakan kongsi 'melangsaikan' segala hasil hutan, segala hasil ladang, segala hasil padi dan apa jua usahasama dikongsi sama-rata. Segala kekayaan hasil perniagaan dalam negeri di Tanah Melayu dibahagikan sama-rata, separuh untuk Queen of England, separuh lagi untuk raja-raja melayu. Untuk rakyat pula, akan mendapat suku daripada separuh punya separuh dibahagi dengan separuh.
Sungguh mewah hidup kita ketika era 'perkongsian' dengan British. Setiap kali tiba musim perayaan, rakyat akan berpesta bersama-sama dengan pegawai British dan tenteranya. Ia termasuklah tentera gurkha dan Fiji. Kita saling ziarah menziarahi, rumah terbuka di sini dan sana. Tentera British yang ada dalam negara adalah untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara dari dicerobohi penjajah lain. Mereka tidak jajah, cuma jaga sahaja.
Orang melayu menjadi kerani dalam pejabat pemerintahan British, bergaji besar berumah bungalow. Maksudnya berumah bungalow itu ialah, orang melayu menjadi orang gaji, menjadi drebar, tukang kebun dan tukang pencacai najis kepada pegawai British di kebanyakkan rumah-rumah bungalow. Negeri Tanah Melayu ini melayu yang punya, tetapi hebat kerana boleh dikongsi bersama British hinggakan kita memanggil mereka sebagai Tuan, sambil berdiri tegak dan menunduk hormat. Baiknya orang melayu kita, kaya dengan budi bahasa.
Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, tentera British bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi Tanah Melayu sehingga amat payah bagi pihak Jepun untuk menjajah, opss maksudnya menjadi rakan kongsi di Tanah Melayu. Orang melayu ketika itu juga membantah kemasukkan Jepun walaupun adanya slogan asia untuk asia, kerana orang melayu di zaman itu rupa wajahnya tidak seperti orang asia tetapi pan-europian-asia.
Ketika Jepun tewas di Tanah Melayu, orang-orang melayu begitu merindui kehadiran British dan tenteranya lalu mengalu-alukan kedatangan semula British ke Tanah Melayu. Orang melayu dan Tanah Melayu tanpa kehadiran British bagaikan polong tak bertuan. Panggilan Tuan ke atas pegawai British begitu mengasyikkan sekali.
Oleh kerana baiknya rakyat Tanah Melayu terhadap British sepanjang lawatan mereka selama beberapa ratus, maka British menghadiahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui sekumpulan elit melayu bangsawan yang taraf kehidupannya hampir setaraf dengan British. Biasanya negara yang diberi kemerdekaan adalah negara yang telah dijajah, tetapi Tanah Melayu cukup istimewa di mata British. Kemerdekaan yang diberi kepada Tanah Melayu adalah di atas dasar 'you help me, I help you'.
Tanah Melayu akhirnya merdeka dan menjadi satu-satunya negara yang merdeka tanpa penjajahan. Lebih istimewa, Tanah Melayu yang akhirnya membentuk negara Malaysia telah dijemput menyertai negara-negara Komanwel. Mengapa istimewa? Kerana semua negara yang menyertai negara-negara Komanwel adalah merupakan negara bekas jajahan British, kecuali Malaysia.
Sebagai tanda terima kasih Malaysia ke atas British kerana meluangkan masa yang begitu lama berkhidmat di negara kita, maka segala undang-undang dan perlembagaan negara dibangunkan mengikut acuan British termasuklah menjaga semua kepentingan-kepentingan British. Ia berlanjutan hingga ke hari ini apabila masih banyak harta dan kekayaan dalam negara ini milik British dan bangsa asing.
Sehubungan itu, janganlah kita menyorokkan fakta penting betapa negara kita tidak pernah dijajah oleh British, malah diberi layanan yang cukup istimewa. Setiap rakyat yang hidup ketika British menumpang-tadbir negeri Tanah Melayu akan berasakan kehidupan ketika itu sangat baik biarpun berbanding hari ini kerana ketika itu kita mempunyai Tuan. Melayu yang punya Tuan adalah melayu hebat.
Sesungguhnya fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik. Malaysia Boleh !
satira kebangsaan
kredit to http://edyesdotcom.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)