Terdapat sebuah kisah dimana telah diceritakan pada dahulu kala oleh rakyat marhain bahawa Sang Kelembai(Ben Faze) & konco2nya telah berangkat ke Port Dickson. Adapun keberangkatan mereka adalah kerana dihantar untuk bertapa selama 3 hari. Mereka disana untuk mengetahui ilmu2 mentadbir aset negara. Diceritakan juga selain Sang Kelembai turut diiringi oleh Sang Rajuna Tapa(Ben Oyen) bersama2 Si kitol(Pak Abu @ Shah). Mereka bertiga berangkat dengan menggunakan pedati(bas la). Memulakan perjalanan dari tempat persembunyian mereka bermula pada waktu sesudah subuh. Mereka tiba di Port Dickson sebelum matahari tegak di kaki langit. Ketibaan mereka telah disambut oleh dayang2 istana Seri Malaysia. Mereka telah dipertemukan dengan Mahaguru Aki yang akan mencurahkan ilmu kesaktian aset. Pelbagai persembahan yang dihidangkan untuk mereka. Persembahan tarian dayang2 istana adalah yang paling dinanti2kan oleh mereka bertiga. Makanan yang dsediakan juga adalah yang enak2 belaka. Tiadalah dapat ditolak oleh mereka akan makanan yang terhidang lebih2 lagi akan Si kitol kerana telah diketahui bahawa Si Kitol ini adalah seorang yang bersepah nafsu makannya.
Disebabkan tiadalah kepandaian mereka bertiga ini maka tanpa mereka ketahui dayang2 ini telah mencampur sejenis serbuk penidor yang dapat menidurkan mereka bertiga. Langsung diikat mereka ini sekuat2nya. Mereka dicampakkan kedalam kurungan bersama2 babi yang hina. Apabila mereka telah sedar maka terkejut beruk lah mereka lebih dari beruk yang terkejut. Gundah gulanalah hati pacar bertiga ini. Mencari jalan bagaimana hendak melepaskan diri dari kekejaman mahaguru. Barulah mereka tahu bahawasanya rupan2ya ini adalah angkara Si Cik Mong. Cik Mong berasa sangat marah disebabkan mereka bertiga datang ke port Dickson ini tanpa kebenaran. Sebagai membalas dendam Cik Mong telah menyiksa Sang Kelambai dengan memulas telinga, Sang Rajuna Tapa telah dipaksa menelan rokok dan Si Kitol telah ditogelkan bulu romanya.
Begitulah siksaan berhari2 sehingga tiada upaya mereka untuk melawan. Berfikirlah mereka akan cara2 untuk melepaskan diri. Setelah 3 hari berfikir maka dapat 1 cara bagaimana untuk melepaskan diri dari kekejaman Cik Mong yang kejam lagi tidak berperi kemanusiaan. Cara yang mereka gunakan untuk melepaskan diri adalah dengan menggunakan perut Sang Kelembai sehingga hancur tali yang mengikat mereka. Dengan itu mereka pun melepaskan diri secara senyap2 tanpa diketahui oleh Cik Mong. Telah disepakati bertiga mereka pun melarikan diri dari Port Dickson. Tanpa mereka sedari Cik Mong telah mendapat tahu bahawa Sang Kelembai & Konconya membuat rancangan durjana. Cik Mong mengatakan jika dia dapat menangkap ketiga2 makhluk ini maka akan dibuat satay.
Diarahkan oleh Cik Mong akan bala tenteranya untuk menangkap Sang Kelembai & Konco2nya itu namun tiadalah keberhasilan kerana Sang Kelembai mempunyai keupayaan telinga yang amat dahsyat. Lalu digunakanlah kelebihan itu untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh Cik Mong. Dalam perjalanan dari melarikan diri mereka bertiga bertemu pula dengan Cik Bun(cit) yang kerjanya berhari2 hanyalah tahu untuk mencekik sahaja. Sayugia kerana berperangai sedemikian maka badan Cik Bun telah memboyot dipercayai angkara perbuatan orang. Merekapun meminta tolong dari Cik Bun agar dapat kembali ke tempat asal mereka di Lembah Tengah( Mid Valley). Maka Cik Bun pun menyediakanlah pedati untuk mereka bertiga berangkat pulang. Alangkah kecewanya mereka bertiga sebab pada awalan waktu mereka berangan untuk mendapatkan ilmu aset negara tetapi mereka telah dianiaya terlebih dahulu. Pengajaran dari cerita ini janganlah terlalu percayakan Mak Enun yang tiada leher itu.............hahahahahaha ini adalah cerita dongeng belaka sebab aku xde idea nak update blog ni tiada kena mengena sama ada yang hidup atau tidak hidup k......waka waka waka........sape percaya citer ni dia sengal..........
1 comment:
cerita ne kalo bt filem ok ne..boring tahap gaban ape..hihihi..ape pun story yang best hahahahaha..
Post a Comment