Saturday, September 10, 2011

Setuju Kenyataan Zainal Kling: Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British !


Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British. Bukan Profesor Zainal Kling sahaja yang bersetuju dengan hakikat ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana bangsa kita dan Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Kita cuma dijadikan rakan dan diberikan Tuan oleh British untuk mengusahakan Tanah Melayu beberapa ratus tahun lamanya. Kita harus bangga dan merasa hebat dengan pencapaian kita, tidak pernah dijajah British.

Hebatnya Tanah Melayu, apabila rakyatnya berganding bahu dengan kerajaan British membangunkan negeri-negeri di Tanah Melayu. Jangan sekali-kali kita meragui sejarah kehebatan melayu. Mari renung kembali bagaimana kedudukan orang melayu ketika zaman British datang melawat suatu ketika dahulu.

Segala cukai yang dibayar kepada pentadbiran British itu adalah hadiah dan sedekah, setelah berasa sangat terhutang budi kepada British yang sanggup datang dari jauh ke Tanah Melayu demi untuk hidup bersama dengan orang melayu. Segala tanah ladang dan estet yang diusahakan oleh British dengan memasukkan orang-orang India itu adalah sa-buah usahasama yang sangat menguntungkan.

Beruntungnya Tanah Melayu, tidak pernah dijajah British malah menjadi rakan kongsi 'melangsaikan' segala hasil hutan, segala hasil ladang, segala hasil padi dan apa jua usahasama dikongsi sama-rata. Segala kekayaan hasil perniagaan dalam negeri di Tanah Melayu dibahagikan sama-rata, separuh untuk Queen of England, separuh lagi untuk raja-raja melayu. Untuk rakyat pula, akan mendapat suku daripada separuh punya separuh dibahagi dengan separuh. 

Sungguh mewah hidup kita ketika era 'perkongsian' dengan British. Setiap kali tiba musim perayaan, rakyat akan berpesta bersama-sama dengan pegawai British dan tenteranya. Ia termasuklah tentera gurkha dan Fiji. Kita saling ziarah menziarahi, rumah terbuka di sini dan sana. Tentera British yang ada dalam negara adalah untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara dari dicerobohi penjajah lain. Mereka tidak jajah, cuma jaga sahaja.

Orang melayu menjadi kerani dalam pejabat pemerintahan British, bergaji besar berumah bungalow. Maksudnya berumah bungalow itu ialah, orang melayu menjadi orang gaji, menjadi drebar, tukang kebun dan tukang pencacai najis kepada pegawai British di kebanyakkan rumah-rumah bungalow. Negeri Tanah Melayu ini melayu yang punya, tetapi hebat kerana boleh dikongsi bersama British hinggakan kita memanggil mereka sebagai Tuan, sambil berdiri tegak dan menunduk hormat. Baiknya orang melayu kita, kaya dengan budi bahasa.

Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, tentera British bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi Tanah Melayu sehingga amat payah bagi pihak Jepun untuk menjajah, opss maksudnya menjadi rakan kongsi di Tanah Melayu. Orang melayu ketika itu juga membantah kemasukkan Jepun walaupun adanya slogan asia untuk asia, kerana orang melayu di zaman itu rupa wajahnya tidak seperti orang asia tetapi pan-europian-asia. 

Ketika Jepun tewas di Tanah Melayu, orang-orang melayu begitu merindui kehadiran British dan tenteranya lalu mengalu-alukan kedatangan semula British ke Tanah Melayu. Orang melayu dan Tanah Melayu tanpa kehadiran British bagaikan polong tak bertuan. Panggilan Tuan ke atas pegawai British begitu mengasyikkan sekali.

Oleh kerana baiknya rakyat Tanah Melayu terhadap British sepanjang lawatan mereka selama beberapa ratus, maka British menghadiahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui sekumpulan elit melayu bangsawan yang taraf kehidupannya hampir setaraf dengan British. Biasanya negara yang diberi kemerdekaan adalah negara yang telah dijajah, tetapi Tanah Melayu cukup istimewa di mata British. Kemerdekaan yang diberi kepada Tanah Melayu adalah di atas dasar 'you help me, I help you'.  

Tanah Melayu akhirnya merdeka dan menjadi satu-satunya negara yang merdeka tanpa penjajahan. Lebih istimewa, Tanah Melayu yang akhirnya membentuk negara Malaysia telah dijemput menyertai negara-negara Komanwel. Mengapa istimewa? Kerana semua negara yang menyertai negara-negara Komanwel adalah merupakan negara bekas jajahan British, kecuali Malaysia.

Sebagai tanda terima kasih Malaysia ke atas British kerana meluangkan masa yang begitu lama berkhidmat di negara kita, maka segala undang-undang dan perlembagaan negara dibangunkan mengikut acuan British termasuklah menjaga semua kepentingan-kepentingan British. Ia berlanjutan hingga ke hari ini apabila masih banyak harta dan kekayaan dalam negara ini milik British dan bangsa asing.

Sehubungan itu, janganlah kita menyorokkan fakta penting betapa negara kita tidak pernah dijajah oleh British, malah diberi layanan yang cukup istimewa. Setiap rakyat yang hidup ketika British menumpang-tadbir negeri Tanah Melayu akan berasakan kehidupan ketika itu sangat baik biarpun berbanding hari ini kerana ketika itu kita mempunyai Tuan. Melayu yang punya Tuan adalah melayu hebat.

Sesungguhnya fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik. Malaysia Boleh !

Edyes @ edyesdotcom
satira kebangsaan


kredit to http://edyesdotcom.blogspot.com

Thursday, August 18, 2011

Nikon D800

Kebanyakan para pecinta kamera tidak sabar menunggu tarikh pelancaran Nikon D800!! D800 Nikon adalah satu kamera yang paling dinanti-nantikan.  Dan tarikh pelancaran Nikon D800 mungkin dijadualkan pada suku pertama 2011.Walau bagaimanapun, terdapat banyak khabar angin mengenaiciri-ciri komputer D800 yang dijangka menjadi DSLR "full frame" yang cemerlang. 
Nikon D800, pengganti Nikon D700 s disasarkan untuk jurugambar advance dan sepatutnya menjadi model upgrade untuk D90 dan D300s.

Sedikit review untuk kamera Nikon D800 :-


View Finder: 95% coverage (of full FX frame, not the tiny DX frame), 0.72x with 50mm lens. (D3 is 0.7x and 100% coverage.) . 18mm eyepoint. Inferior finder for DX lenses; the D800 doesn’t crop the finder as does the D3.
Electronic Level: Yes, electronic virtual horizon, just like D3X.
AF: 51 points. CAM3500FX sensor array (same as D3X). Fine-tuning, if you have slight errors with certain lenses.
Shutter: 1/8,000 ~ 30 sec, bulb. Carbon fiber and Kevlar, tested to 150,000 cycles.
Flash Sync: 1/250.
Frame Rate: 3 FPS. 5 FPS in DX mode.
Built-in Flash: GN 39/12 (Feet/meters at ISO 100). Controls wireless flash.
Sensor: 24MP CMOS, same as D3X. 14-bit linear ADC, 16-bit data pipelines, as the D3X. 12-channel parallel readout.
Sensor Size: FX (23.9 x 36mm) and cropped DX, just like D3X. No professional 5:4 mode.
Live View: two modes.
Resolution: 24MP in FX, 10MP in DX.
FX (24 x 36mm): 6,048 x 4,032 (L), 4,544 x 3,024 (M) and 3,024 x 2,016 (S).
DX (16 x 24mm): 3,968 x 2,640 (L), 2,976 x 1,976 (M), 1,984 x 1,320 (S).
ISO: 50 ~ 6,400. Nikon really only want you using ISO 100 ~ 1,600, so lower ISOs are read as gibberish like “Lo-1″ and higher ISOs are coded as garbage like “HI+2.”
File Formats: JPG, TIF, NEF. NEF in 12- or 14-bit with no, lossy or lossless compression.
Rear LCD: Exquisite 3,” 920,000 pixels. HDMI HD output, but it uses a screwy, non-standard mini HDMI connector.
Storage: Single CF card. Too bad; I love the in-camera backup of the D3′s dual card slots.
Data Communication: USB. Optional WT-4 wireless and ethernet.
Optional Macho-Man Grip: MB-D10, same as D700.
Power: EN-EL3e, standard; same as D700, D200, D300, etc.
Size: 5.8 x 4.8 x 3.0″ (147 x 123 x 77mm).
Weight: 35.1 oz. (995g) without battery, card, strap, monitor cover or lens.


Rate translation
 

Tuesday, August 16, 2011

Thursday, August 11, 2011

CARICATURIZER




ni ada lg software yg leh wat gambr korg lebih effect. kita leh edit gmbr tu utk jd lawak @ lucu, hodoh atau apa saja & lg 1 ia adalah percuma.Caricaturizer nama diberi. so anda cuba2lah software. disini aku letak kan beberapa gambar setelah aku mencuba software ni. cubalah klu berani

Sunday, August 7, 2011

Penangan Futsal.......

adui......sakitnya badan bila lama dah x main futsal. selepas mendapat jemputan dari rexs & the geng aku pun join la. ok gak bila main ramai2 ni ada mcm2 ragam ada yang lawak ada yang not bad la main. main kat kedai keranda jalan ke kampung kuantan klang. rexs kata futsal kat sini murah so compare ngan keadaan court so it's worth it la karpet pun x berapa nak ok tp leh main lg. penat jgn citer la sbb baru pas buka dah kena gi main futsal. petang sebelum main futsal aku gi cari glove keeper saje je nak merasa so gi la al-ikhsan seksyen 7 shah alam. just yang murah2 jer lagi pun bukan pro yang main. so ramai gak yang main dekat 15 orang, walaupun ramai tapi nak tunggu time tukar player punya la lama padahal 7 minit jer for every session. hahahahaha apa2 pun rexs kira ok gak main ngan ko punya geng. diorang pun tak kesah walaupun x kenal........

Tuesday, August 2, 2011

Pemberitahuan

Maka bermulanya hari ini blog ini hanya akan membicarakan cara2, teknik2 & apps  fotografi yang simple atau x pyh beli dslr hanya menggunakan hp android, mungkin akan ada selingan dengan post yang tidak berkaitan.........sebagai pemula aku akan membincangkan 1 apps fotografi yang terdpt dlm android market iaitu Camera360 antara review ada tercatat dibawah(selepas diterjemahkan ke bahasa ibunda) :-






Aplikasi kamera yang paling terkenal dan sempurna membantu foto anda agar lebih mengagumkan, lucu dan menarik.
* Kesan seperti LOMO, Kesan Retro, Kesan Dreamlike, SeniHitam dan Putih, Balik ke tahun 1839 dan Peningkatan Malamakan menjadikan gambar anda lebih cantik.
* Kesan HDR menakjubkan adalah lebih baik daripada Iphone HDR.
* Mod Unik Funny: Kesan seperti Paining Surrealistic B & W,Vertical / Horizontal Simetri Kiri, Vertical / Horizontal Simetrikanan, Ghost boleh didapati.
* Mod Pemandangan Unik: Ia mengambil gambar komposityang menarik, anda boleh memilih sama ada dalam posterfilem, lukisan seni, iklan luar, atau di kalangan pelbagai jenis kad ucapan.
* Unik Tilt-anjakan dan Warna-anjakan Mod membolehkan andamelihat dunia dari sudut lain.
* Kongsi foto anda Sina Microblog, Facebook atau Twitter.



Antara screenshot Camera360






Aku dah try apps ni kira ok jugak la senang. banyak option yang bole dipilih. Klu Aki yg guna ni aku rs dia x jadi beli DSLR kot. Sila klik link untuk keterangan lanjut
Camera 360
credit to Android Market

KEMUSYKILAN UNTUK KESEKIAN KALINYA

Adapun kemusykilan kini melanda untuk yang kedua kalinya. Siapakah lelaki yang bernama REX ini adakah mungkin berasal dari dunia yang lainnya atau mungkin dari Bermuda Triangle. Adakah berasal dari kerajaan langit atau sekadar khabar angin yang bisa melanda barang sesiapapun. Disini aku titipkan sekeping gambar yang dapat menerangkan kekusutan yang maha hebat melanda benak dan kotak pemikiran aku. Silakan menatap gambar dibawah.........


Jadi berhati-hatilah wahai sekelian umat manusia agar tidak bertembung muka dengan makhluk ini. Dikhuatiri dapat menjahanamkan pemikiran kalian. "MOST DANGEROUS CREATURES", jadi berhati-hatilah. Jika anda lalai makanan anda akan diterkam oleh Rex. Dapat dirungkaikan disini bahawa spesis ini adalah dari jenis yang kuat makan. Mampu bertahan tanpa makan selama 2 hari. Tapi jika diberi makan anda tidak akan diganggu gugat oleh makhluk ini. Berjaga diwaktu malam dan banyak menghabiskan masa dengan tidur diwaktu siang.




p/s: rex jan ko marah ah, sya hantam ko sana.......tp mcm btl jak kan sbb ko dipggl subsidi man cam lbh kurg jak.